Tuesday, 22 July 2014

Kita hebat nasihatkan orang , diri sendiri ?



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم 


ASSALAMUALAIKUM

Hai semua entahlah kenapa air mata nie keluar tanpa minta izin dulu, tolonglah jangan keluar.. tapi dia tetap mengalir tanpa henti., sebenarnya dugaan ini buatkan hati dan mataku ini hiba yang tiada taranya. Dalam hidup wany ni bukan gah seperti mereka sangka.. terlalu banyak liku yang perlu di tempuhi. Di dalam blog ini juga jadi saksi apa yang berlaku. Dan orang selalu mengadu pada wany bila ada masalah dan setiap dugaan yang mereka lalui , dan minta nasihat pada wany.Tapi di saat wany luka ,di saat hati ini sedih berapa ramai saje yang mahu mendengar ?


Mereka hanya mencari kita bila perlu, di saat mereka bahagia adakah mereka ingat kepada mereka yang selalu ada untuk dia ?





bila orang sedih, kita pandai menasihatkan orang, jangan ikut perasaan itu semua ujian,kita kena kuat.Bila orang putus cinta, kita pandai menasihat orang jangan bersedih bunga bukan sekuntum,kumbang bukan seekor.

Bila orang orang ada masalah dengan keluarga, kita bagi nasihat pada mereka dah macam pakar kauseling.Bila orang kecewa, kita berikan semangat untuk mereka agar teruskan hidup ini,bila orang ada masalah, kita pandai nasihat itu ini, kononnya kita dah macam pakar kauseling Tak putus bagi nasihat.Bila orang marah, kita pandai suruh dia bersabar,suruh mengucap banyak ingat ALLAH.

Tapi bila fikir balik ,apa yang kita nasihat orang tu mampukah kita lakukan ??

Tapi apa pun juga alasannya ALLAH adalah sebaik perancangan pada kita, wany hanya fikir positif sekarang nie.Masalah yang wany hadapi in shaa Allah ada penyelesainya. Walaupun hati nie bertanya bagaimana ? tapi wany yakin ALLAH tidak pernah persiakan hambanya.Sedangkan permintaan syaitan derhaka itu pun ALLAH tunaikan..


wany yakin ALLAH berikan rasa ini sebagai peringatan pada wany juga, bahawa kita manusia biasa , masalah orang mampu kita tolong dan cuba selesaikan tapi untuk masalah diri sendiri  hanya ALLAH yang tahu. 



Monday, 7 July 2014

Ramadhan Al-Mubarak


- Dont judge other people for you dont know their pain or sorrows . If you cant speak the good word , say nothing at all -




بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat bloggers sekalian.

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk berpuasa di ramadhan yang ke -8 .Actually i'm sort of ideas . HAHA ! Cuma kat sini nak memohon beribu kemaafan for those yang ada terasa dengan wany , yang pernah bersengketa dengan wany . A big apologised from me in the Barakah month . I've forgive all of you . Lets start a brand new life and leave the past behind .
Here , i want to mention about someone that i really miss . She's sister of someone that i love so much .

"Dear , if you read this .. I just wanna say i'm so sorry . I didnt meant to hurt you . I miss you and i really do . i miss our conversation eventhough we never faced one another . i had to do this .  I just dont want that crisis to spread out and getting worst . And as for that i choose to keep away myself from you till one find day .i hope you'll understand what i'm doing later on . sometimes i keep asking myself , why would this happened ? is it caused by my wrong doing ? Allahurabbi . If it is so . Thousand apologised from me . I believe that Allah had plan something better . I just leave it to Allah . InshaAllah it would be better than yesterday . just here , i'll always pray for your success . And i'll always care about you . miss you more than you know dear . Sorry for what had happened . "


Harapnya ramadhan tahun ni ramadhan yang lebih indah berbanding tahun tahun sebelum . InshaAllah . Cuba muhasabah diri , perbaiki kelemahan diri dan maafkan semua orang . InshaAllah . Husnuzon and keep istiqamah wany . :)


Tuesday, 10 June 2014

Hometown

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat bloggers sekalian.

Minggu lepas balik tanah kelahiran Terengganu Darul Iman . It was a tired journey i thought but fun excited . 

Kampung Halaman Tercinta ! Suka sangat balik kampung sebab suka ke sawah . Buka je pintu rumah dah nampak sawah padi . Cantik sangat . 


Haa tu dia ! ni sepupu kesayangan wany , Nor Afiah binti Abdul Wahab . Panggilan biasanya Nora je . Selalu kalau balik kampung pendorong utama untuk balik sebab nak jumpa dia . Kami rapat dari kecil sampai lah sekarang . Selalu fight dengan dia untuk setiap exam . But for STPM she'd beat me ! Congrats dear . Keep it up . Nak jadi manusia yang mendalami ilmu Allah katanya . Harapnya kita dapat menjejak kaki ke menara gading bersama . InshaAllah .

Saturday, 31 May 2014

Senyum Ubat Hati Yang Sakit

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat bloggers sekalian.


Hari ni jari ni gatal nak menaip dek kebosanan melampau yang melanda . Hari ni wany bangun awal dari kebiasaan . Yelah biasa pukul 6.30 baru bangun untuk solat subuh . Hari ni awal bangun sebab dapat kuliah subuh free dari bonda tercinta .

"Adik,cubalah bangun awal .Orang yang nak berjaya kena bangun solat sunat tahajjud, solat sunat hajat , istikharah .Istikharah bukan untuk jodoh je . Macam mana nak jadi pelajar cemerlang kalau subuh pun 6.30 . Bangun lah . Orang yang bangun awal pagi ni rezeki dia melimpah ruah . Adik pun dah lama ma tengok tak buad solat dhuha . Tengok ! kita suruh die bangun . die bangun sambung tido kat sofa . "

Hari ni hari die mengomel sedunia . HAHA ! Dah habis kuliah subuh tadi . Wany bangun tengok jam pukul 6.05 . So get prepared for solat subuh . Tetiba kan , dah habis solat tu . ALLAH ! satu perasaan yang susah nak gambarkan . Teresak-esak atas sejadah .Banyaknya dosa aku Ya Allah ! Malunya . Subhanallah ~

Selesai sesi meluah rasa bersama Maha Pencipta . Duduk termenung seketika memikirkan apa yang berlaku . Dugaan demi dugaan yang menimpa . Tapi sedar tak dugaan tu tak sehebat sahabat sahabat wany yang lain . Alhamdulillah Allah masih beri peringatan pada wany . Anggap saja segala ujian itu kifarah kepada dosa wany yang lampau .

Bila difikirkan bulan bulan yang lepas adalah dugaan terhebat untuk tahun ini . Tohmahan dan segalanya dihadapi sendiri . Ingat wany ! Setiap yang berlaku adalah atas kelemahan diri sendiri . Jangan sesekali menyalahkan orang lain . Bila difikirkan tiada salahnya memaafkan mereka yang pernah mengguris hati  wany. Mereka layak diberi peluang dan kemaafan . Mereka jua manusia yang tidak lari dari kekhilafan . Tiada manusia yang maksum melainkan Nabi Muhammad s.a.w . Wany juga manusia khilaf yang tak layak untuk menghukum sesiapa .

Muhasabah diri , tingkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah . Hijrah itu seperti mengupas kulit bawang . Tak mungkin tanpa air mata dek pedihnya halangan dan dugaan . Apa yang penting , ikhlaskan hati kerana Allah .

Istiqamah . InshaAllah . Husnudzon .
-senyum ubat hati yang sakit-

Tuesday, 20 May 2014

Kita jaga Aib orang , Allah jaga aib kita

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat bloggers sekalian.


 Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Wahai sekalian manusia yang beriman dengan lidahnya, (namun) belum masuk iman ke dalam hatinya. Janganlah engkau sekalian mengumpat orang-orang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim, maka Allah akan membuka aibnya. Dan siapa yang aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam rumahnya. (Riwayat Muslim, Abu Daud dan Tarmizi). Adalah tidak diharuskan untuk membuka dan menceritakan aib orang lain ataupun aib diri sendiri kepada orang lain. Saudara/ri disarankan agar menasihati sikap kawan tersebut agar tidak menceritakan lagi aib tersebut kepada orang lain. Wallahualam. 
adalah dibenarkan utk buka aib orang pada empat keadaan iaitu : 1. orang yang dizalimi. Dibenarkan untuk mengadu kepada pihak penguasa terhadap kezaliman yang berlaku. 2. untuk meminta fatwa mengenai hukum hakam. Dibolehkan untuk menceritakan keburukan seseorang tetapi ada baiknya sekadar untuk mengetahui hukum sahaja dan tidak berlebih-lebihan. 3. Memperingatkan orang lain akibat melakukan kejahatan. Boleh dijadikan iktibar kepada seluruh umat Islam. 4. Menceritakan kepada khalayak ramai tentang seseorang yang fasik dan melakukan kemungkaran seperti meminum minuman keras, memeras ugut dan perkara-perkara batil yang lain. Jangan sesekali menokok tambah cerita dan niatkan hanya untuk kebaikan sahaja.  
Allah swt berfirman: إِنَّ الَّذِيْنَ يُحِبُّوْنَ أَنْ تَشِيْعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِيْنَ آمَنُوْا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيْمٌ فِي الدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ وَاللهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لاَ تَعْلَمُوْنَ �Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui� (An-Nur:19). 

Wednesday, 7 May 2014

Akhlak kita Cermin Kita

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم 

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat bloggers sekalian.

Pergaulan yang baik mencerminkan keperibadian kita sebagai Muslimah. Malah itu juga syaratnya untuk menjadi sorang islam yang dihormati selaras dengan tuntutan agama.
pergaulan yang baik adalah dengan menggunakan budi bahasa yang lembut, selalu bertolak ansur, tolong-menolong serta tidak melakukan perkara perkara yang mampu menyakitkan hati pihak lain serta mendatangkan dosa seperti menyebarkan fitnah, menipu dan seumpamanya.

Rasulullah bersabda yang bermaksud "bukankah aku telah memberitahu kamu semua tentang orang yang diharamkan masuk ke neraka atau orang yang diharamkan ke atasnya neraka ? Mereka ialah orang yang berdamping rapat dengan manusia (baik pergaulannya) , hatinya tenang,berlemah-lembut serta mudah dibawa berunding.

Tabiat manusia sememangnya berhubungan rapat dengan keteguhan iman dan kesabarannya. Jika baik akhlak seseorang maka dia akan selamat sebaliknya.Baik buruknya seseorang terletak pada sejauh mana pandangan masyarakat umum terhadap dirinya selain penilaian yang dihitung .

-riwayat Al-Tirmizi-



                




Tuesday, 6 May 2014

Jangan Resah Andai Ada Yang Membenci

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat bloggers sekalian.

Kadang kadang kita mesti terfikir adakah orang yang kurang senang dengan sikap aku ? Dalam erti kata lain ada ke orang yang benci kita ? Mustahil tak ada kan . Kita cuma Hamba Allah Yang terlalu banyak kekhilafan . Sehingga membuatkan diri ini terasa begitu kerdil bila menghadapnya . 
"Kenapa orang tak suka aku ? apa aku dah buad ? Hmm . "

Pertanyaan tu mesti pernah bermain difikiran bukan ? Kita cuma insan biasa yang terlalu banyak kekurangan . Jadi untuk memenuhi kehendak semua manusia mungkin kita tidak akan mampu . Cuma mampu berdoa Agar Allah permudahkan segala urusan kita dan dijauhi dari segala hasad dengki dan pertelingkahan .

Andainya terasa diri kita terlalu banyak kekhilafan dengan semua orang maka mohon lah kemaafan dari setiap mereka . Jangan pernah gusar . Sedangkan NAbi Muhammad s.a.w juga mengampuni umatnya apalagi kita manusia biasa yang terlalu banyak kelemahan ini . Jangan dibimbangi dengan apa yang berlaku . Mohon petunjuk dari Allah .Dunia ini cuma persinggahan sementara . Akhirat nanti yang kekal selamanya . Bimbanglah dengan kemurkaan Allah s.w.t . 




"Jangan resah andai ada yang membencimu,
kerana masih ramai yang mencintaimu di dunia.
Tetapi resahlah andai Allah membencimu,
kerana tiada lagi yang mencintaimu di akhirat.."

(Imam Al-Ghazali)

Semoga Bermanfaat untuk dikongsikan bersama para bloggers
Assalamualaikum :)