Sunday 30 March 2014

Kecewa? Berbahagialah!


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat bloggers sekalian.

Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. 
Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.

Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati. 
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w... Sekadar perkongsian ilmu dari apa yang wany dapat dari pembacaan wany .
 
"kenapalah jadi macam ni? Apalah nasib aku ni? Kenapa semua yang terjadi ini tak seperti yang aku harapkan? Bagaimana aku nak hadapi semua ini...arghhhhhh tidakk!," si A.

 "relax lah..", si B

"cakap senang lah.. relax relax.. kau tak rasa apa yang aku rasa, kau tak tahu diam!," si A.

 "okay, kalau kau nak terus menyesal, teruskan menyesal. tapi ingat, sesalan tidak akan membawa kepada kebahagiaan, tapi bila kau redha dengan apa yang Allah aturkan untuk kau, barulah akan hadir kebahagiaan.. live well or live hell, u choose."


 ************

Dialog di atas mungkin ada di antara kita pernah alaminya. Sama ada kita si A atau si B yang pasti kita semua pernah di uji cuma bezanya cara kita menghadapi ujian itu. Ada orang bila diuji, di sabar dan tenang. cool sahaja. Tetapi, ada orang bila diuji, cepat melatah terus mencarut dan ada yang lebih teruk apabila diuji, menyalahkan pula Allah dengan mengatakan Allah tidak adil, Allah tidak sayang aku lagi dan sebagainya,,. Naudzbillah min zalik. 

Ada orang di uji dengan penyakit, ada yang terpaksa memelihara anak-anak yang cacat, ada yang suami penagih dadah, isteri yang ditinggalkan kerana perempuan lain, panas baran yang menyiksa isteri, malah ujian rumahtangga ini yang paling common sekali. Ada yang masih keci sudah diuji, dimana ibu bapa meninggal dunia, dirogol keluarga sendiri, diseksa ibu tiri dan macam-macam lagi di luar sana.

Inilah yang dinamakan kehidupan. Bersedialah untuk menghadapi 'skrip' kehidupan yang memang kadang - kadang berada di luar jangkaan kita. Kita inginkan putih, tetapi yg hitam pula menjelma. Cerah yg ditunggu, gelap pula yg tiba. Kita ingin manis, pahit pula yang dirasa. Ketika itu, jangan panik. Ingatkan diri bahawa kita cuma hamba... bukan Tuhan. Sebagai hamba, kita hanya berusaha mentadbir. Sedangkan hanya pada Allah ada kemutlakan takdir. TAKDIR sentiasa mengatasi TADBIR. Andai dirimu di uji dengan kesusahan hidup, tetapkan hatimu dan bersangka baiklah  pada Allah SWT. Itu tandanya Allah rindu untuk mendengar luahan bicaramu. Allah amat suka mendengar bisikan-bisikan hati yang rindu kasih sayangNya.

Ujian adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik. Kerana daifnya diri kita, apabila ditimpa ujian samada secara langsung dari Allah atau melalui orang lain, kita mula melatah. Terasa Allah tidak adil, sengaja hendak menyusahkan kita. Yang dahsyatnya ialah kalau hati buruk sangka pada Allah yang mendatangkan ujian itu. Ingatlah, Allah Maha Pengasih, jauh sekali Allah takdirkan ujian hanya untuk menyusahkan hamba-Nya. Kalau kita sedar, sebenarnya ujian itu untuk melatih kita untuk mendapatkan sifat-sifat yang terpuji. Sabar, redha, tawakkal, baik sangka, mengakui diri sebagai hamba yang lemah, mendekatkan diri dengan Allah, harapkan pertolongan Allah, merasai dunia hanya nikmat sementara dan sebagainya.

Marilah kita cuba bandingkan ujian yang kita pernah hadapi itu dengan ujian yang terpaksa dilalui nabi Muhammad s.a.w. Kadang ujian kita itu hanyalah pada perkara dunia yang kecil - kecil sahaja. Bukan perkara penting pun. Ada yang menangis sampai lebam matanya hanya kerana putus cinta, sedangkan kekasihnya itu bukanlah halal lagi baginya tetapi Nabi Muhammad s.a.w menangis bukan kerana itu, Kekasih Allah itu menangis kerana kita.. rindu pada kita, risau pada kita. Kalau nak diikutkan, siapalah kita ini hendak dirindukannya, hendak dirisaukannya kerana kita sendiri pun selalu melupakan Rasulullah s.a.w. Allah.. malunya kita.



Malu, Malu, Malu pada Allah. Allah bagi kita macam - macam nikmat. kita tak meminta pun Dia bagi. Selepas itu bila kita diuji sikit, kita terus mahu melupakan segalanya, seolah - olah kita ini tidak selayaknya diuji. Padahal kita selalu sahaja balas nikmat Allah yang tidak terbilang itu dengan dosa - dosa yang juga sangat - sangat tidak terbilang. Selepas itu kita menyatakan pula yang kita mahu masuk ke syurga sedangkan Nabi Allah Adam a.s disebabkan satu kesalahan sahaja di keluarkan dari syurga. Agak - agak diri kita ini tidak pernahkah melakukan kesalahan kepada Allah? dan layakkah kita ini ke syurgaNya.. malunya padamu Ya Allah.

Lihatlah kepada bunga dan jangan melihat kepada durinya, saksikanlah bintang - bintang dan jangan disibukkan oleh kegelapan. Setiap ujian ada hikmahnya dan setiap cubaan ada penyelesaiannya. Moga - moga kita sentiasa merasakan manisnya hidup ini dengan sentiasa bersangka baik kepada Allah biarpun dunia ini terus cuba memberikan kepahitan kepada kita. Moga Allah sentiasa pimpin hati kita.


"Tiadalah terjadi sesuatu bencana itu melainkan dengan kehendak Allah, dan siapa yang percaya kepada Allah nescaya dipimpin Allah hatinya" (Surah At-Taghabun:11)

Moga Allah redha.