Saturday 31 May 2014

Senyum Ubat Hati Yang Sakit

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat bloggers sekalian.


Hari ni jari ni gatal nak menaip dek kebosanan melampau yang melanda . Hari ni wany bangun awal dari kebiasaan . Yelah biasa pukul 6.30 baru bangun untuk solat subuh . Hari ni awal bangun sebab dapat kuliah subuh free dari bonda tercinta .

"Adik,cubalah bangun awal .Orang yang nak berjaya kena bangun solat sunat tahajjud, solat sunat hajat , istikharah .Istikharah bukan untuk jodoh je . Macam mana nak jadi pelajar cemerlang kalau subuh pun 6.30 . Bangun lah . Orang yang bangun awal pagi ni rezeki dia melimpah ruah . Adik pun dah lama ma tengok tak buad solat dhuha . Tengok ! kita suruh die bangun . die bangun sambung tido kat sofa . "

Hari ni hari die mengomel sedunia . HAHA ! Dah habis kuliah subuh tadi . Wany bangun tengok jam pukul 6.05 . So get prepared for solat subuh . Tetiba kan , dah habis solat tu . ALLAH ! satu perasaan yang susah nak gambarkan . Teresak-esak atas sejadah .Banyaknya dosa aku Ya Allah ! Malunya . Subhanallah ~

Selesai sesi meluah rasa bersama Maha Pencipta . Duduk termenung seketika memikirkan apa yang berlaku . Dugaan demi dugaan yang menimpa . Tapi sedar tak dugaan tu tak sehebat sahabat sahabat wany yang lain . Alhamdulillah Allah masih beri peringatan pada wany . Anggap saja segala ujian itu kifarah kepada dosa wany yang lampau .

Bila difikirkan bulan bulan yang lepas adalah dugaan terhebat untuk tahun ini . Tohmahan dan segalanya dihadapi sendiri . Ingat wany ! Setiap yang berlaku adalah atas kelemahan diri sendiri . Jangan sesekali menyalahkan orang lain . Bila difikirkan tiada salahnya memaafkan mereka yang pernah mengguris hati  wany. Mereka layak diberi peluang dan kemaafan . Mereka jua manusia yang tidak lari dari kekhilafan . Tiada manusia yang maksum melainkan Nabi Muhammad s.a.w . Wany juga manusia khilaf yang tak layak untuk menghukum sesiapa .

Muhasabah diri , tingkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah . Hijrah itu seperti mengupas kulit bawang . Tak mungkin tanpa air mata dek pedihnya halangan dan dugaan . Apa yang penting , ikhlaskan hati kerana Allah .

Istiqamah . InshaAllah . Husnudzon .
-senyum ubat hati yang sakit-

Tuesday 20 May 2014

Kita jaga Aib orang , Allah jaga aib kita

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat bloggers sekalian.


 Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Wahai sekalian manusia yang beriman dengan lidahnya, (namun) belum masuk iman ke dalam hatinya. Janganlah engkau sekalian mengumpat orang-orang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim, maka Allah akan membuka aibnya. Dan siapa yang aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam rumahnya. (Riwayat Muslim, Abu Daud dan Tarmizi). Adalah tidak diharuskan untuk membuka dan menceritakan aib orang lain ataupun aib diri sendiri kepada orang lain. Saudara/ri disarankan agar menasihati sikap kawan tersebut agar tidak menceritakan lagi aib tersebut kepada orang lain. Wallahualam. 
adalah dibenarkan utk buka aib orang pada empat keadaan iaitu : 1. orang yang dizalimi. Dibenarkan untuk mengadu kepada pihak penguasa terhadap kezaliman yang berlaku. 2. untuk meminta fatwa mengenai hukum hakam. Dibolehkan untuk menceritakan keburukan seseorang tetapi ada baiknya sekadar untuk mengetahui hukum sahaja dan tidak berlebih-lebihan. 3. Memperingatkan orang lain akibat melakukan kejahatan. Boleh dijadikan iktibar kepada seluruh umat Islam. 4. Menceritakan kepada khalayak ramai tentang seseorang yang fasik dan melakukan kemungkaran seperti meminum minuman keras, memeras ugut dan perkara-perkara batil yang lain. Jangan sesekali menokok tambah cerita dan niatkan hanya untuk kebaikan sahaja.  
Allah swt berfirman: إِنَّ الَّذِيْنَ يُحِبُّوْنَ أَنْ تَشِيْعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِيْنَ آمَنُوْا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيْمٌ فِي الدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ وَاللهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لاَ تَعْلَمُوْنَ �Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui� (An-Nur:19). 

Wednesday 7 May 2014

Akhlak kita Cermin Kita

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم 

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat bloggers sekalian.

Pergaulan yang baik mencerminkan keperibadian kita sebagai Muslimah. Malah itu juga syaratnya untuk menjadi sorang islam yang dihormati selaras dengan tuntutan agama.
pergaulan yang baik adalah dengan menggunakan budi bahasa yang lembut, selalu bertolak ansur, tolong-menolong serta tidak melakukan perkara perkara yang mampu menyakitkan hati pihak lain serta mendatangkan dosa seperti menyebarkan fitnah, menipu dan seumpamanya.

Rasulullah bersabda yang bermaksud "bukankah aku telah memberitahu kamu semua tentang orang yang diharamkan masuk ke neraka atau orang yang diharamkan ke atasnya neraka ? Mereka ialah orang yang berdamping rapat dengan manusia (baik pergaulannya) , hatinya tenang,berlemah-lembut serta mudah dibawa berunding.

Tabiat manusia sememangnya berhubungan rapat dengan keteguhan iman dan kesabarannya. Jika baik akhlak seseorang maka dia akan selamat sebaliknya.Baik buruknya seseorang terletak pada sejauh mana pandangan masyarakat umum terhadap dirinya selain penilaian yang dihitung .

-riwayat Al-Tirmizi-



                




Tuesday 6 May 2014

Jangan Resah Andai Ada Yang Membenci

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat bloggers sekalian.

Kadang kadang kita mesti terfikir adakah orang yang kurang senang dengan sikap aku ? Dalam erti kata lain ada ke orang yang benci kita ? Mustahil tak ada kan . Kita cuma Hamba Allah Yang terlalu banyak kekhilafan . Sehingga membuatkan diri ini terasa begitu kerdil bila menghadapnya . 
"Kenapa orang tak suka aku ? apa aku dah buad ? Hmm . "

Pertanyaan tu mesti pernah bermain difikiran bukan ? Kita cuma insan biasa yang terlalu banyak kekurangan . Jadi untuk memenuhi kehendak semua manusia mungkin kita tidak akan mampu . Cuma mampu berdoa Agar Allah permudahkan segala urusan kita dan dijauhi dari segala hasad dengki dan pertelingkahan .

Andainya terasa diri kita terlalu banyak kekhilafan dengan semua orang maka mohon lah kemaafan dari setiap mereka . Jangan pernah gusar . Sedangkan NAbi Muhammad s.a.w juga mengampuni umatnya apalagi kita manusia biasa yang terlalu banyak kelemahan ini . Jangan dibimbangi dengan apa yang berlaku . Mohon petunjuk dari Allah .Dunia ini cuma persinggahan sementara . Akhirat nanti yang kekal selamanya . Bimbanglah dengan kemurkaan Allah s.w.t . 




"Jangan resah andai ada yang membencimu,
kerana masih ramai yang mencintaimu di dunia.
Tetapi resahlah andai Allah membencimu,
kerana tiada lagi yang mencintaimu di akhirat.."

(Imam Al-Ghazali)

Semoga Bermanfaat untuk dikongsikan bersama para bloggers
Assalamualaikum :)