Tuesday 20 May 2014

Kita jaga Aib orang , Allah jaga aib kita

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat bloggers sekalian.


 Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Wahai sekalian manusia yang beriman dengan lidahnya, (namun) belum masuk iman ke dalam hatinya. Janganlah engkau sekalian mengumpat orang-orang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim, maka Allah akan membuka aibnya. Dan siapa yang aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam rumahnya. (Riwayat Muslim, Abu Daud dan Tarmizi). Adalah tidak diharuskan untuk membuka dan menceritakan aib orang lain ataupun aib diri sendiri kepada orang lain. Saudara/ri disarankan agar menasihati sikap kawan tersebut agar tidak menceritakan lagi aib tersebut kepada orang lain. Wallahualam. 
adalah dibenarkan utk buka aib orang pada empat keadaan iaitu : 1. orang yang dizalimi. Dibenarkan untuk mengadu kepada pihak penguasa terhadap kezaliman yang berlaku. 2. untuk meminta fatwa mengenai hukum hakam. Dibolehkan untuk menceritakan keburukan seseorang tetapi ada baiknya sekadar untuk mengetahui hukum sahaja dan tidak berlebih-lebihan. 3. Memperingatkan orang lain akibat melakukan kejahatan. Boleh dijadikan iktibar kepada seluruh umat Islam. 4. Menceritakan kepada khalayak ramai tentang seseorang yang fasik dan melakukan kemungkaran seperti meminum minuman keras, memeras ugut dan perkara-perkara batil yang lain. Jangan sesekali menokok tambah cerita dan niatkan hanya untuk kebaikan sahaja.  
Allah swt berfirman: إِنَّ الَّذِيْنَ يُحِبُّوْنَ أَنْ تَشِيْعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِيْنَ آمَنُوْا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيْمٌ فِي الدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ وَاللهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لاَ تَعْلَمُوْنَ �Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui� (An-Nur:19). 

No comments:

Post a Comment