Monday 20 January 2014

Saat Terindah Saat Bersamamu


Assalamualaikum readers ! Heyyo . HAHA ! walau agak kelewatan sedikit , tapi tetap nak update gak entry ni . HAHA ! kesahhh pulak . Okay . Ni kami punya diner PERTINAM or Pra-U . Saat Terakhir bersama . Best sangat dapat jumpa semua kawan-kawan balik eventhough ada jugak yang tak dapat datang . Especially Too Mun Ye , Bestfriend wany tu sebab dia dah further studies in law . And guru-guru pon tak berapa ramai sangat yang datang disebabkan bencana alam yang menimpa . BANJIR !! sepatutnya dinner diadakan after kami habis paper , tapi disebabkan banjir besar pada hari berkenaan . Dinner ni terpaksa ditangguhkan .Tapi apa-apa pun everything went well . SANGAT ENJOY OKAY ! best sesangat . 

HERE COMES THE CRAZINESS !

meet my classmates ! izzani, syaiful , aiman and muzaffar (mouja)


Yang ni all class member kami . 


antara yang rapat (ieqa,me,suba, and veni)


(pida,ieqa)


(timah,suba,zani,sha,mila,ieqa ,me )

FAREWELL DINNER yang sangat best ! hope lepas ni kita akan buad gathering macam ni lagi okay :)


Sunday 19 January 2014

BERI KEMAAFAN ITU INDAH

BERI KEMAAFAN ITU INDAH

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum .Entry kali ni buad adik tercinta . Shapura atau lebih dikenali sebagai wawa :)

Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. 
Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.

Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati. 
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w...



Begitu indah dan tenangnya tatkala memberi kemaafan. Ketenangan itu akan menyusup masuk ke seluruh urat nadi sehingga ke hati orang yang beriman.

Meskipun, adakalanya,
kemaafan sukar dilepaskan kerana luka dihati masih terkesan.
Tetapi ajaibnya,
ketenangan akan serta merta hadir sebaik sahaja ucapan

‘‘kamu diberi maaf”.

Itulah hidayah Allah SWT.

Tetapi, janganlah melepaskan maaf dengan bersyarat atau memaafkan kesalahan sesorang ibarat menegakkan besi yang bengkok.
Bukankah apabila menegakkan besi yang bengkok,
kesan bengkokan pada besi tetap ada?
Sebaliknya, berilah kemaafan ibarat menukar kain yang kotor kepada kain yang baru...

sekadar itu sahaja untuk kali ni . harap segala nasihat yang akak berikan wawa manfaatkan . sabarlah sayang . Janji ALLAH tu pasti . InshaAllah :)

Solat itu Janji Temu Dengan Allah

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum readers ! Wany nak kongsikan apa yang wany dapat dari satu blog ni . Apa ? Berkenaan dengan solat . Wany juga sering melengahkan solat . Entry ini sekadar pesanan ikhlas untuk diri sendiri dan sahabat sekalian .
Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. 
Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.

Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati. 
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w...


Sama-sama kita renungkan..
 
Solat itu janji temu kita dengan Allah.
Kadang kala kita lewat berjanji temu dengan Pencipta Yang Maha Hebat ini. Kalau dengan kekasih ke kawan ke mesti kita akan siap lebih awalkan untuk bertemu..

Secantik Hiasan Dunia



Assalamualaikum dearies , Apa khabar ? Baguslah . wany je tak berapa nak sihat . Demam yang belum menampakkan tanda untuk pulih . Hari ni dah hari keempat . Entry wany kali ni islamik sikit . sekadar berkongsi apa yang wany tahu . Wany juga masih dalam mencari jalan ke syurga Allah . Mencari saham akhirat yang bakal berguna di akhirat nanti . Doakan wany terus istiqamah ye . Ameen , InshaAllah .


Okay! Back to the topic ,.

♥ SAYANGNYA ALLAH PADA PEREMPUAN ♥ 

♥ Siapa kata jadi perempuan tu SENANG..

♥ Nak kena tutup sana, tutup sini

♥ Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising

♥ Perempuan, stoking pon kena pakai

♥ Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari

♥ Komfem x tahan bertutup semua

♥ Tapi, perempuan cool jek

♥ Tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan

♥ Siapa kata jadi perempuan tu senang

♥ Tiap2 bulan, mesti ada penyakit

♥ Nak pergi kelas pon susah

♥ Kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sbb sakit

♥ Cuba tengok budak lelaki , selamber jek

♥ Kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit

♥ Tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive jek

♥ Tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit

♥ Hebat kan perempuan..

♥ Siapa kata jadi perempuan tu senang..

♥ Hati ni Allah jadikan lembut betul

♥ Cepat jek sensitif

♥ Cuba tengok orang putus cinta

♥ Selalu perempuan yg paling susah nak lupa

♥ Lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru

♥ Cuba pergi wayang tengok cerita hindustan

♥ Siapa yg paling teruk menangis..

♥ Perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi

♥ Lembut tak lembut hati perempuan

♥ Tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki

♥ Hebat tak perempuan?

♥ Betul ke Allah x adil dengan perempuan.. 

♥ Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

♥ Tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa Kalau bukan kaki ibunya..

♥ Betul, isteri kena ikut cakap suami

♥ Tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya

♥ X adil lagikah Allah pada perempuan..

♥ Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan

♥ Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya

♥ Kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri

♥ Cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu

♥ Tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki

♥ Bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu

♥ MashaAllah, hebatnya perempuan kan..

♥ Kenapa perempuan hebat? sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat

♥ Cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio

♥ Banyak lagu pasal perempuan kan..

♥ Contohnya macam lagu SUMAIYYAH,

♥ Jarang kita dengar lagu pasal lelaki

♥ Sayang x sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam Tu sekali dekat dunia

♥ Tengok pula, bila seorang lelaki berjaya...

♥ Orang akan cakap:

♥ 'Disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'

♥ Kita x pernah dengar orang cakap:

♥ 'Disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'

♥ Kan? Hebat x Allah jadikan perempuan tu..

♥ Masih x adil lagikah Allah dekat perempuan..

♥ Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan

♥ Sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni

♥ Perempuan senang nak masuk syurga

♥ Tengok hadis ni:

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)


Sekadar itu yang wany mampu kongsikan bersama . InshaAllah . lain masa . wany akan kongsikan lagi . 
Assalamualaikum