Sunday 19 January 2014

Secantik Hiasan Dunia



Assalamualaikum dearies , Apa khabar ? Baguslah . wany je tak berapa nak sihat . Demam yang belum menampakkan tanda untuk pulih . Hari ni dah hari keempat . Entry wany kali ni islamik sikit . sekadar berkongsi apa yang wany tahu . Wany juga masih dalam mencari jalan ke syurga Allah . Mencari saham akhirat yang bakal berguna di akhirat nanti . Doakan wany terus istiqamah ye . Ameen , InshaAllah .


Okay! Back to the topic ,.

♥ SAYANGNYA ALLAH PADA PEREMPUAN ♥ 

♥ Siapa kata jadi perempuan tu SENANG..

♥ Nak kena tutup sana, tutup sini

♥ Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising

♥ Perempuan, stoking pon kena pakai

♥ Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari

♥ Komfem x tahan bertutup semua

♥ Tapi, perempuan cool jek

♥ Tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan

♥ Siapa kata jadi perempuan tu senang

♥ Tiap2 bulan, mesti ada penyakit

♥ Nak pergi kelas pon susah

♥ Kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sbb sakit

♥ Cuba tengok budak lelaki , selamber jek

♥ Kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit

♥ Tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive jek

♥ Tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit

♥ Hebat kan perempuan..

♥ Siapa kata jadi perempuan tu senang..

♥ Hati ni Allah jadikan lembut betul

♥ Cepat jek sensitif

♥ Cuba tengok orang putus cinta

♥ Selalu perempuan yg paling susah nak lupa

♥ Lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru

♥ Cuba pergi wayang tengok cerita hindustan

♥ Siapa yg paling teruk menangis..

♥ Perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi

♥ Lembut tak lembut hati perempuan

♥ Tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki

♥ Hebat tak perempuan?

♥ Betul ke Allah x adil dengan perempuan.. 

♥ Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

♥ Tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa Kalau bukan kaki ibunya..

♥ Betul, isteri kena ikut cakap suami

♥ Tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya

♥ X adil lagikah Allah pada perempuan..

♥ Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan

♥ Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya

♥ Kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri

♥ Cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu

♥ Tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki

♥ Bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu

♥ MashaAllah, hebatnya perempuan kan..

♥ Kenapa perempuan hebat? sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat

♥ Cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio

♥ Banyak lagu pasal perempuan kan..

♥ Contohnya macam lagu SUMAIYYAH,

♥ Jarang kita dengar lagu pasal lelaki

♥ Sayang x sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam Tu sekali dekat dunia

♥ Tengok pula, bila seorang lelaki berjaya...

♥ Orang akan cakap:

♥ 'Disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'

♥ Kita x pernah dengar orang cakap:

♥ 'Disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'

♥ Kan? Hebat x Allah jadikan perempuan tu..

♥ Masih x adil lagikah Allah dekat perempuan..

♥ Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan

♥ Sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni

♥ Perempuan senang nak masuk syurga

♥ Tengok hadis ni:

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)


Sekadar itu yang wany mampu kongsikan bersama . InshaAllah . lain masa . wany akan kongsikan lagi . 
Assalamualaikum 

No comments:

Post a Comment