Sunday 19 January 2014

BERI KEMAAFAN ITU INDAH

BERI KEMAAFAN ITU INDAH

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum .Entry kali ni buad adik tercinta . Shapura atau lebih dikenali sebagai wawa :)

Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. 
Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.

Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati. 
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w...



Begitu indah dan tenangnya tatkala memberi kemaafan. Ketenangan itu akan menyusup masuk ke seluruh urat nadi sehingga ke hati orang yang beriman.

Meskipun, adakalanya,
kemaafan sukar dilepaskan kerana luka dihati masih terkesan.
Tetapi ajaibnya,
ketenangan akan serta merta hadir sebaik sahaja ucapan

‘‘kamu diberi maaf”.

Itulah hidayah Allah SWT.

Tetapi, janganlah melepaskan maaf dengan bersyarat atau memaafkan kesalahan sesorang ibarat menegakkan besi yang bengkok.
Bukankah apabila menegakkan besi yang bengkok,
kesan bengkokan pada besi tetap ada?
Sebaliknya, berilah kemaafan ibarat menukar kain yang kotor kepada kain yang baru...

sekadar itu sahaja untuk kali ni . harap segala nasihat yang akak berikan wawa manfaatkan . sabarlah sayang . Janji ALLAH tu pasti . InshaAllah :)

No comments:

Post a Comment