BARAKALLAHUFEEKUM




Duhai Hati , Tabahlah mengharungi dugaan hidup . Semakin dewasa usia , semakin besar dugaan yang perlu ditempuh . Sentiasa melangkah maju ke hadapan biarpun terlalu banyak halangan perlu ditepis . Hiraukan segala cakap cakap belakang . Siulan siulan mereka yang menjatuhkan . Ingat segalanya ketentuan Allah . Percaya pada Janji Allah . Ingat , jasa jasa mereka yang sentiasa hadir memberikan sokongan tanpa henti .

 Untuk menang , kamu tak perlu ramai 'orang belakang'. cukup ibu bapa , keluarga , sahabat sefikrah dan yang tersayang . Tak perlu panggil 'gang'.Yang namanya kuat itu ialah yang bila diacah dia tidak goyah , seperti seekor singa yang berjalan di tengah tengah kumpulan anjing yang menyalak kuat tetapi tidak berani menyerang kerana mereka tahu siapa akan menang . Tenang , tetapi dalam tenang itu kamu sentiasa sedia & siap siaga dengan ilmu & doa sebagai pedang . Ingat untuk jadi kuat, kamu harus jalan dengan Tuhan rapat rapat . Kamu akan terkejut nanti bila , biarpun musuh menyerang kamu kekal tenang kerna kamu tahu Allah dekat dengan kamu & akan bantu kamu sehingga menang .


No comments:

Post a Comment