Monday, 29 December 2014

Allah makbulkan doaku .

                                      بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Assalamualaikum sahabat .Hari ni Allah gerakkan hati untuk muhasabah diri . Hidayah Allah datang tanpa diduga . Hidayah ni dalam segala bentuk , sama ada sedar atau tidak . Tergerak hati untuk menonton video ceramah ustazah Fatimah Syarha yang dikongsikan oleh pengguna laman sosial Facebook .

Sedar tak sedar , hati ini ingin mendengar lagi dan mengenali lagi Ustazah Fatimah Syarha yang hebat orangnya . Digerakkan cursor mencari button youtube , jari aku rancak menaip laju nama Ustazah Fatimah Syarha . Beberapa klip video terpampang di laman youtube , yang menarik hatiku adalah ceramah yang bertajuk "Kolokium Cinta, Belia Dan Sosial 2014 di UTM" . Aku teruskan mendengar sehingga tiba di satu bahagian yang memaparkan bingkisan cerita AKU ADA WALI .Yang sedikit mencuri perhatianku . Belum sempat aku habiskan ceramah tadi , segera aku menaip mencari Cerita Aku Ada Wali . Cerita yang mempunyai intipati yang sangat menarik . Soal syariat , fiqh wanita dan sebagainya . Drama yang ditayangkan di tv Alhijrah , skripnya ditulis sendiri oleh Ustazah Fatimah Syarha . Sangat memberi kesan pada jiwa . Sini aku kongsikan episod pertama drama Aku Ada Wali yang mempunyai mesej tersendiri .



Syabas ustazah , Sebuah drama yang banyak memberi pengetahuan dan pengajaran . Alhamdulillah Ya Allah , sikit sebanyak ilmu aku perolehi dari situ . Dari situ aku belajar erti cinta mengikut islam . Dan Alhamdulillah juga , melalui apa yang aku pelajari hari ni . Dia mulai faham apa sebenarnya yang aku mahukan . Alhamdulillah , doa aku dimakbulkan . Alhamdulillah Ya Allah .

Alhamdulillah , seronok sebenarnya menerokai islam yang sebenarnya . Satu perasaan yang tak dapat digambarkan dengan kata kata . Doakan aku terus istiqamah dalam mencari redha Allah . Bukan aku cuba berlagak alim , cuma aku belajar memperbaiki diri . Cuba untuk berubah kepada yang lebih baik . Satu perjuangan yang hakiki . Semoga bermanfaat untuk dikongsikan dengan kalian .

Wallahu'alam 

Sunday, 28 December 2014

Jalan menuju bahagia

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم 



Assalamualaikum . kalau ditanya soal hati , tiada jawapan yang mampu diberi . kosong . Entah mana silapnya , mana salahnya . Sedih ? tak juga . Resah ? tak juga . Alhamdulillah bahagia seadanya dengan cara sendiri . Tanpa terikat dengan mana mana pihak . Kebahagiaan yang dicari , inilah dia . 

Sunyi ? InshaAllah tak mungkin . Aku punya ramai sahabat yang sentiasa menyayangi aku , menyokong aku . Aku punya keluarga yang selalu di belakangku . Dan aku punya DIA yang sentiasa denganku saat susah senang hidupku . Allahurabbi .
Tahun 2014 , yang terlalu banyak menguji dan mengajar aku erti kehidupan . 

Jika ditanya apa yang aku mahukan sekarang , aku cuma mahukan kehidupan sederhana sama seperti insan lain . Menginjak ke angka 21 , mengajar aku untuk berfikiran lebih matang . InshaAllah . Tak perlu dikejar apa yang bukan tertulis untuk aku .
 kata ibuku 

" sudah tertulis segalanya untukmu sejak dari azali lagi , siapa jodohmu ? bila ajalmu ? segala soal ketentuan hidup sudah ditakdirkan . Cuma berdoa lah untuk kesejahteraan . Mohon petunjuk dan pertolongan"

Semakin aku menginjak dewasa , aku belajar menerima erti redha , pasrah dan tawwakal . Segala yang bukan milikku , walau ku kejar sejauh manapun , bila tertulis bukan untukku tetap tidak mampu aku genggam . Tidak kira soal cinta , soal kerjaya , soal pelajaran , segalanya sudah tertulis . Terima dengan hati terbuka . Serahkan segala kepada Allah . Dia yang Maha Mengetahui segala sesuatu . Kuatkan iman , tetapkan hati . InshaAllah dipermudahkan .


Aku pasrah dengan keputusan keluarga untuk tidak membenarkan aku menyambung pelajaran dalam ijazah pendidikan (TESL) di ipts tempatan . Walau jauh di sudut hati , aku terkilan dengan keputusan mereka . Sabarlah hati . Bahagia pasti menjelma . Aku terima segala teguran dari mereka , walau perit untuk dihadapi . Berfikiran terbuka , mungkin ada hikmah segala yang terjadi . Husnuzon duhai hati .

"La yukallifullahu nafsan illa wus'aha"
 (Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya)
"laha ma kasabat wa 'alayha mak-tasabat"
(Dia memberikan pahala atas tiap kebaikan dan hukuman atas tiap kesalahan)

Dan soal hati .

Untuk kamu yang disana, aku cuma mahu bersahabat . Tidak terlintas merampas hak sesiapa untuk diriku . Aku terima dengan ikhlas apa yang terjadi dan tersurat .Aku masih juga aku yang dulu , perasaan yang takkan pernah berubah . Aku cuma mampu mendoakan yang terbaik untuk sahabatku . Semoga Allah panjangkan jodoh kalian  .  Segalanya telah aku lepaskan . Kupanjatkan doa untuk kalian . 

Untuk kamu juga yang disini , seperti mana yang aku nyatakan . aku cuma mahu bersahabat . Jika panjang jodoh kita , aku lari ke hujung dunia sekalipun , aku tetap akan kembali kesisimu . Yang aku mohon , panjatkan doa ke hadrat ilahi . Mohon padaNya . Bukan memaksa pada hati yang tak mampu berkata . Beri ruang untuk diri masing masing . InshaAllah pasti ada jalannya . Apa pun jua kita tetap akan bersahabat :)



Allahurabbi , aku memohon dikuatkan hati untuk menempuh segala ujianMu Ya Allah.  :'(



"Rabbana wa la tahmil 'alayna 'isran kama hamaltahu 'alal-ladhina min qablina,"

( Wahai Tuhan kami,janganlah Engkau bebankan kami dengan bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan orang yg terdahulu daripada kami)"



*aku rindu nama samaranku dalam berkarya yang sekian lama aku tinggalkan ( Beloud9)


- Siapa yang mampu mencapai mahumu , bilamana kau juga seorang manusia -





Monday, 24 November 2014

Aku masih mencari Qalb salim


Ketika berhias diri di hadapan cermin, Rasulullah s.a.w. menganjurkan kita berdoa: “Ya Allah sempurnakan akhlakku sepertimana Engkau sempurnakan kejadianku.” Secara tidak langsung doa ini mengajar kita bahawa nilai akhlak jauh lebih penting daripada rupa lahir kita.
Ini sesuai dengan sabda Rasulullah s.a.w.: “Allah tidak memandang rupa lahir kamu dan harta kekayaan kamu tetapi Allah memandang hati dan amalan kamu.” (Riwayat Muslim dan Ahmad).
Ini menunjukkan nilai seorang manusia bukan pada wajah lahirnya tetapi pada wajah batinnya.
Ketika manusia jahiliah tenggelam dengan pelbagai kenikmatan dunia, Rasulullah s.a.w. menyampaikan peringatan dan amaran daripada Allah bahawa kehidupan dunia itu tiada apa-apa nilai melainkan mata benda yang menipu daya. Firman Allah yang bermaksud: “Tidaklah kehidupan dunia itu melainkan mata benda yang menipu daya.” (Surah al-Hadid 57:20)
Rasulullah juga memperkukuhkan peringatan itu dengan satu metafora melalui sabdanya yang bermaksud: “Jika kehidupan dunia itu lebih bernilai di sisi Allah melebihi nilai sehelai sayap nyamuk, maka Allah tidak akan memberi minum orang kafir walaupun seteguk air.” (Riwayat Ibn Majah no. 4110)
Hasilnya, orang Islam dapat memanfaatkan kebaikan dunia untuk kebaikan akhirat. Malah dunia itu penting kerana adanya akhirat. Jika semasa orang Islam berasa tertekan dengan kehebatan dan keangkuhan orang kafir yang menindas mereka, Allah memujuk mereka melalui firman-Nya yang bermaksud: “Jangan kamu berasa hina dan jangan kamu berasa takut, kamu adalah tinggi jika kamu beriman.” (Surah Ali ‘Imran 3: 139)
Bahkan Allah menegaskan tidak ada bezanya nilai darjat orang Arab dengan orang ajam (bukan Arab) melainkan taqwa yang dimiliknya. Firman Allah, mafhumnya: “Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi kamu adalah orang yang bertaqwa.” (Surah al-Hujurat 49: 13)
Oleh sebab itu, Sayidina Bilal yang berkulit hitam, berbibir tebal dan berambut kerinting, tidak berasa hina diri (inferiority complex) kerana Allah dan Rasulullah telah memuliakannya dengan iman dan taqwa. Dengan penuh syukur dia berkata, “Dulu aku hamba, Allah telah bebaskan aku dengan Islam. Dulu aku hina, Allah telah muliakan aku dengan iman.”

Justeru, sering diungkapkan; tidak mengapa jika kakimu yang sakit, asalkan hatimu sihat. Dengan kaki yang sakit, kita mungkin tidak boleh berjalan. Tetapi, dengan hati yang sakit, kita akan kehilangan tujuan dan harapan. Betapa ramai orang yang mempunyai fizikal yang sihat, tetapi apabila hatinya sakit, hidupnya melarat. Dia menjadi insan yang miskin dalam limpahan kekayaan. Hidup derita walaupun dikelilingi keseronokan.
Allah Yang Maha Adil tidak meletakkan kebahagiaan kepada rupa, harta, kuasa dan nama. Allah tidak zalim kerana meletakkan kebahagiaan pada ketenangan “hati emas” – hati yang mampu dimiliki oleh si miskin atau si kaya, si buruk atau si jelita dan hamba atau raja.
Di mana akan kita temui hati emas seperti itu? Hati itu ditempa dan disesah oleh mujahadah di jalan Allah. Umpama intan yang dipanaskan oleh haba dengan kepanasan berganda atau emas yang disepuh oleh api yang menyala-nyala, maka begitulah hati manusia. Hanya akan bercahaya oleh siraman keringat, deraian air mata dan aliran darah oleh insan yang bermujahadah di jalan-Nya.
Apabila tiba saat diuji, jangan lari tetapi hadapi. Walau pedih, sedih dan tersisih, jangan mengelak. Bersedia dan hadapi. Terima hakikat, jika hidup sudah terhenyak ke dasar yang paling bawah, jangan berpura-pura lagi. Jangan terus bermuka-muka. Namun, terimalah hakikat supaya mampu bangun kembali dengan cepat! Sering dikatakan oleh ahli kebijaksanaan, “jangan dipinta diringankan ujian, tetapi pintalah dikuatkan hati untuk menghadapinya!”
Apabila sudah tiba di dasar paling bawah, sudah tentu tidak ada lagi tempat untuk jatuh. Maka pada ketika itulah peribadi akan naik semula ke atas kerana kita sudah membayar “yuran” untuk kejayaan. Kita sudah merasai kepahitan pada ubat yang ditelan. Itulah ubat hati, yang pahit, pedih dan menyakitkan tetapi itulah ubat dan penawar yang akan melegakan.
Saat diuji itulah segala mazmumah akan dimamah. Ego, bangga, rendah diri, kecil hati, kecut, penakut sudah “dibakar” dalam relau mihnah Allah. Dan saat itulah kita layak menerima anugerah. Yakni, bingkisan ijazah daripada “universiti mujahadah”. Tiada gelaran, tidak ada sanjungan… hadiahnya hanya; hati emas!
Memburu selain-Nya hanya akan mengecewakan. Pergilah setinggi puncak karier, rebutlah setinggi nama, carilah sebanyak harta, tanpa hati emas, kau hanya akan meninggikan tempat jatuh. “Berjaya” tanpa keperibadian yang kukuh hanya mendedahkan diri kepada lebih banyak stres dan kebosanan.
Tidak ada jalan dan ikhtiar lagi kecuali kembali kepada Allah. Perkukuhkan solat lima waktu dengan sunat rawatib. Luangkan dan lapangkan masa dengan membaca al-Quran dan berselawat. Kurangkan makan dan lisan. Bercakap hanya yang baik atau diam.
Uzlahkan diri jika terasa mata dan telinga terlalu liar untuk ditundukkan. Tersenyumlah dengan penghinaan. Redalah dengan kesepian. Jangan takut kepada kelicikan, tipu daya dan kezaliman.
Hayatilah sebuah sabda; jika kita menjaga Allah, Allah akan menjaga kita. Tidak mengapa jika dipinggirkan, malah dilupakan… kerana selamanya orang lain tidak akan tahu, betapa lapang dan bahagianya apabila memiliki hati emas itu! 
Sekadar itu perkongsianku mengenai buku Semuanya Soal Hati . Aku juga pendosa tanpa noktah yang masih mencari dan mengejar qalb salim . Allahuma Aamiin :')

Saturday, 25 October 2014

Kegilaan aku !


Assalamualaikum bloggers . Okay lets straight to the topic . Dalam mengejar cita cita dan redha Allah , Bohong lah kalau dikatakan wany takde kegilaan sendiri kan ? So here goes something that all of you didnt know bout me . Actually , i love to sing ! HAHA . Tapi depan orang segan lah kan . selalu melalak dekat rumah je . Tu pun bila takde manusia manusia yang akan memangkah wany bila dengar suara wany yang semerdu katak memanggil hujan ni . Lewls ! Tapi boleh kata dalam keluarga , cuma wany , kakak yang ke-3 , abang yang ke-5 & 6 je yang suka melalak ni . Yang lain bukan spesis kami kami . HAHA ! 

I've once join something not officially nasyid lah . A group of band maybe . Tu masa zaman jahiliah , umur baru 16 masa tu . Budak baru nak up lah katakan . Penah lah jadi solo of the three . Masa tu dapat pulak kawan sekepala , memang selalu jugak lah kami buat persembahan dekat sekolah kan . Bila usia dah 20 ni , pernah jugak terfikir . "Macamana rasa malu aku tu boleh hilang masa tu ?" Mungkin juga disebabkan wany budak baru di sekolah tu , so pedulilah kan . Orang tak kenal lagi kita. ^^

But know , if orang offer karaoke pun tak pernah wany terima . Walaupun bila keluar dengan kawan kawan , hanya mampu melihat mereka melalak . "Den seganlah".
Wany suka apa jenis muzik pun , asalkan sedap didengar . Tapi kan i prefer english the most laa . Memang dari kecil minat lagu omputih . Kalau dulu kecik kecik minat westlife , mariah carey , celine dion , backstreet boys . Hafal tu segala lirik , siap curik buku lirik abang haa . dulu kan guna tape tu , pastu ade selit lirik dekat kotak die tu .
Now kan telinga tengah gila dengar lagu 5 seconds of summer .Actually lama dah ,ingat macam kita je kuno sorang layan lagu ni . Tetiba , eh famous pulak band ni , siap ada pertandingan instavideo lagi haaa . Tapi kita segan ah nak join . HAHA !



Minat gila lagu dorang ni , suara dorang ni . Pergh ! pergh ! , Biasa kalau group macam ni mesti ada yang kita minat sorang kan . Heee . Wany minat  Calum Hood & Luke Hemming . Suara dia yang wany minat sebenarnyaa .Tapi takde lah minat sampai berangan nak jumpa dorang kan , jadikan idola ke ape . cuma hiburan semata mata .





Friday, 24 October 2014

How i miss my bed !*alasan




Assalamualaikum readers , I'm back . I'm quite busy this few weeks , and dont have much times on blogging *act kemalasan menduga . Dua tiga minggu ni macam macam isunya , sakit , ke sana ke sini . So badan tersangat lah penat . Thats why blog dan juga instashop terabai . Mood pun seakan akan kelaut , tak tahu mana silapnya . 

Dah seminggu kat sini , semangat berkobar kobar nak menceburkan diri dalam profesion ni , tapi betulkah jalan yang aku pilih ni ? Allahurabbi . Bila usia semakin menginjak dewasa segalanya dirasakan terlalu sukar . Takpe wany , Allah ada . Mohon Petunjuk dari-Nya . Sabar lah , beberapa bulan lagi segalanya akan terjawab . Tenangkan hati , banyakkan doa . 

Actually , i miss my bed . Rindu bau kampung , suasana kampung . Kat sini apa ada ? Bunyi bising anjing menyalak , bau asap kenderaan , hiruk pikuk anak muda di kota . Ergh ~ sangat menyeksakan . Nama pun hidup , segalanya harus dilalui dengan sabar . Rindu dengan bebelan ma sebenarnya , Rasa bersalah yang sangat menebal . Kedegilan sendiri membuatkan hati dibelenggu rasa kesal . " Kalau aku ada di kuantan , bolehlah ringankan beban ma . Tolong dia . Ma, maafkan orang " Aku faham dia sebenarnya sunyi , yelah aku anak bongsu , bila aku tinggalkan rumah tinggallah dia berdua dengan ayah . lumrah kehidupan , suatu hari jika diizinkan Allah , anak bongsunya ni tetap akan tinggalkan dia bila dah sah bergelar isteri orang . hm hm 

Haih , sodih sodih . Takpe mulakan hidup baru dengan niat kerana Allah , demi Ma & Ayah . I'm going to make both of you proud of me . InshaAllah . :)



p/s : credit to kakak ipar kesayangan for this picture :)



Wednesday, 24 September 2014

Last tutorial class

Assalamualaikum people , How are you ? If its good , then Alhamdulillah . Just spending time with writing sometimes that keep going on my mind . 




It would be the last month for me to be here , Yeah ! Goodbye Kuantan . I'll be staying with my sisters in Kajang till i further my studies abroad . Hmm , Excited and quite sad sometimes . Because , I had to leave all the memories , friends and family . 

For my students , next week will be the last class with you guys . I may not be the best teacher or the good tutor for all of you , but i'm doing my best teaching you . I'd give all the knowledge so please use it wisely . Please , please and please listen to all my advise . All i can do is guiding all you to success and pray for you guys . Remember that , everything depends on YOU ! You will choose the path in your life . 

Guys, forgive me for my imperfection , forgive me for all my mistakes . To those will take the Upsr , do well in the upcoming papers . And for those who will sit for SPM , Goodluck guys . Do your best okay ! Its the critical time for you guys . There's no time left , so please dont play around anymore . Leave all the nonsense things behind just for a while . Its for your future dear . Okay , Its nice to know you guys actually . So best of luck in yours examination . Allah yutfah a'laikum sweetheart . It is sad to leave the class at the critical time , but i have too . I'm sorry that i couldnt make it till the last day . I'll be praying for all of you . Loves you ! *English tak dapat A siap henkorang !

*Nah cikgu wany belanja gambaq selpiee se . Btw thanks Nurul Hazwani belikan tshirt Ganu dari ganuclo(<-- klik sini ) ni, Suprise birthday gift yang tak berapa nak jadi . But I appreciated it much sayang :)


Saturday, 2 August 2014

Raya 2014 !

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم 



Assalamualaikum gais ! 
How's your raya ? Raya wany tahun ni tak meriah mana lah . sebab raya berlima je + keluarga kakak . Yang lain lain semua balik rumah mertua masing masing. Adat lah bila dah berumah tangga kan . 
so gambar pun tak banyak mana sebab takde mood nak bergambar .


sebelah kiri tu kak Ara (paling kecik and paling pendek dalam family ) , sebelah kanan tu kak Ana (kakak yang kedua , umur dah menjangkau 40-an tapi maintain youss ), duduk sebelah ayah tu abang budin (hokni hok sokmo cari pasal ngan salwani sidek) 




So habis part syawal pertama dan kedua . raya ke-empat wany dah bergerak balik ke kampung halaman tercinta . wany dah tak ada nenek dan atuk , so kalau balik pun rumah pakcik makcik lah . Balik ni pun sebab sepupu sepupu kawin . So untuk tidak menyusahkan keluarga pakcik makcik wany dan keselesaan kami . All of us decide untuk tinggal di homestay . kami ada rumah , tapi rumah tu dah disewakan sebab kami jarang balik . 

Natifah's Homestay 

Betul betul depan pagar sekolah kebangsaan Tengku Mahmud . Actually ni gambar cilok tang internet . Now rumahnya tak cenggini , kat laman depan dah lawa dah . ade pepokok bunga . Harga sangat berpatutan dengan kemudahan yang disediakan . Alang alang dah ada kat kampung ni kita cuci mata lah kejap ye sebelum ke kenduri sepupu sepupu dan juga anak sepupu . Hamik nak ! 

Masjid kayu seberang Jerteh

Besut bumi Ulul Albab . Besut ni memang terkenal dengan seni ukirannya yang cantik . sampai kekadang kitorang jumpa signboard tepi jalan yang biasa tu pun diukirnya . Kalau hangkut bawak balik rumah mak pun lawooo . HAHA ! 

Masjid Kampung Raja





Part paling best , abang bawak wany jenjalan dekat sawah padi . Actually kalau dekat depan rumah lama tu lintas jalan je dah sampai sawah . cumanya segan nak berjalan sorang . So bila abang tetiba buat sengal dia , bawak lalu jalan mana tah . Konon mengimbau zaman remaja dia kat situ , seronok gila ! kakak jeles sebab tak dapat ikut . HAHA !  wany memang takde nak mengimbau kenangan lama sangat lah sebab wany tinggal bumi besut ni masa umur 4 tahun . Kawan paling rapat adalah sepupu sebelah rumah and adalah 2-3 yang duduk rumah belakang tu . 

Sangat awkward bila orang kampung tegur 
" Eh wany ! besar dah budak ni . Bila sampai sini ? " 
" Okay, siapa tegur aku ni ? Hee . Baru sampai je makcik ."
Then kalau ke rumah sedara mara or pakcik makcik
"Yang bongsu mana satu "
"saya yang bongsu makcik pakcik "
"Lahai , Dah besar lain terus , dulu datang sini kecik kecik lagi , sekarang dah jadi anak dara dah . Dah boleh kahwin haa "

Biasa lah . orang kampung wany memang macam tu . Asal balik je . " Haa . orang kuantan dah balik " . 


okay tu jelah untuk raya kali ni . InshaAllah till meet again readers . 

Assalamualaikum :)