Sunday, 30 March 2014

Kecewa? Berbahagialah!


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat bloggers sekalian.

Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. 
Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.

Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati. 
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w... Sekadar perkongsian ilmu dari apa yang wany dapat dari pembacaan wany .
 
"kenapalah jadi macam ni? Apalah nasib aku ni? Kenapa semua yang terjadi ini tak seperti yang aku harapkan? Bagaimana aku nak hadapi semua ini...arghhhhhh tidakk!," si A.

 "relax lah..", si B

"cakap senang lah.. relax relax.. kau tak rasa apa yang aku rasa, kau tak tahu diam!," si A.

 "okay, kalau kau nak terus menyesal, teruskan menyesal. tapi ingat, sesalan tidak akan membawa kepada kebahagiaan, tapi bila kau redha dengan apa yang Allah aturkan untuk kau, barulah akan hadir kebahagiaan.. live well or live hell, u choose."


 ************

Dialog di atas mungkin ada di antara kita pernah alaminya. Sama ada kita si A atau si B yang pasti kita semua pernah di uji cuma bezanya cara kita menghadapi ujian itu. Ada orang bila diuji, di sabar dan tenang. cool sahaja. Tetapi, ada orang bila diuji, cepat melatah terus mencarut dan ada yang lebih teruk apabila diuji, menyalahkan pula Allah dengan mengatakan Allah tidak adil, Allah tidak sayang aku lagi dan sebagainya,,. Naudzbillah min zalik. 

Ada orang di uji dengan penyakit, ada yang terpaksa memelihara anak-anak yang cacat, ada yang suami penagih dadah, isteri yang ditinggalkan kerana perempuan lain, panas baran yang menyiksa isteri, malah ujian rumahtangga ini yang paling common sekali. Ada yang masih keci sudah diuji, dimana ibu bapa meninggal dunia, dirogol keluarga sendiri, diseksa ibu tiri dan macam-macam lagi di luar sana.

Inilah yang dinamakan kehidupan. Bersedialah untuk menghadapi 'skrip' kehidupan yang memang kadang - kadang berada di luar jangkaan kita. Kita inginkan putih, tetapi yg hitam pula menjelma. Cerah yg ditunggu, gelap pula yg tiba. Kita ingin manis, pahit pula yang dirasa. Ketika itu, jangan panik. Ingatkan diri bahawa kita cuma hamba... bukan Tuhan. Sebagai hamba, kita hanya berusaha mentadbir. Sedangkan hanya pada Allah ada kemutlakan takdir. TAKDIR sentiasa mengatasi TADBIR. Andai dirimu di uji dengan kesusahan hidup, tetapkan hatimu dan bersangka baiklah  pada Allah SWT. Itu tandanya Allah rindu untuk mendengar luahan bicaramu. Allah amat suka mendengar bisikan-bisikan hati yang rindu kasih sayangNya.

Ujian adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik. Kerana daifnya diri kita, apabila ditimpa ujian samada secara langsung dari Allah atau melalui orang lain, kita mula melatah. Terasa Allah tidak adil, sengaja hendak menyusahkan kita. Yang dahsyatnya ialah kalau hati buruk sangka pada Allah yang mendatangkan ujian itu. Ingatlah, Allah Maha Pengasih, jauh sekali Allah takdirkan ujian hanya untuk menyusahkan hamba-Nya. Kalau kita sedar, sebenarnya ujian itu untuk melatih kita untuk mendapatkan sifat-sifat yang terpuji. Sabar, redha, tawakkal, baik sangka, mengakui diri sebagai hamba yang lemah, mendekatkan diri dengan Allah, harapkan pertolongan Allah, merasai dunia hanya nikmat sementara dan sebagainya.

Marilah kita cuba bandingkan ujian yang kita pernah hadapi itu dengan ujian yang terpaksa dilalui nabi Muhammad s.a.w. Kadang ujian kita itu hanyalah pada perkara dunia yang kecil - kecil sahaja. Bukan perkara penting pun. Ada yang menangis sampai lebam matanya hanya kerana putus cinta, sedangkan kekasihnya itu bukanlah halal lagi baginya tetapi Nabi Muhammad s.a.w menangis bukan kerana itu, Kekasih Allah itu menangis kerana kita.. rindu pada kita, risau pada kita. Kalau nak diikutkan, siapalah kita ini hendak dirindukannya, hendak dirisaukannya kerana kita sendiri pun selalu melupakan Rasulullah s.a.w. Allah.. malunya kita.



Malu, Malu, Malu pada Allah. Allah bagi kita macam - macam nikmat. kita tak meminta pun Dia bagi. Selepas itu bila kita diuji sikit, kita terus mahu melupakan segalanya, seolah - olah kita ini tidak selayaknya diuji. Padahal kita selalu sahaja balas nikmat Allah yang tidak terbilang itu dengan dosa - dosa yang juga sangat - sangat tidak terbilang. Selepas itu kita menyatakan pula yang kita mahu masuk ke syurga sedangkan Nabi Allah Adam a.s disebabkan satu kesalahan sahaja di keluarkan dari syurga. Agak - agak diri kita ini tidak pernahkah melakukan kesalahan kepada Allah? dan layakkah kita ini ke syurgaNya.. malunya padamu Ya Allah.

Lihatlah kepada bunga dan jangan melihat kepada durinya, saksikanlah bintang - bintang dan jangan disibukkan oleh kegelapan. Setiap ujian ada hikmahnya dan setiap cubaan ada penyelesaiannya. Moga - moga kita sentiasa merasakan manisnya hidup ini dengan sentiasa bersangka baik kepada Allah biarpun dunia ini terus cuba memberikan kepahitan kepada kita. Moga Allah sentiasa pimpin hati kita.


"Tiadalah terjadi sesuatu bencana itu melainkan dengan kehendak Allah, dan siapa yang percaya kepada Allah nescaya dipimpin Allah hatinya" (Surah At-Taghabun:11)

Moga Allah redha.

Monday, 17 February 2014

Dreams on !


Assalamualaikum sayang sayang sekalian . Hari ni segalanya mengecewakan . Kerana lalai kapal yang dikemudikan hampir karam. ALLAHURABBI ! :"(
Sesungguhnya diri ini tak kuat dengan dugaan ini YA ALLAH . Kesilapan di penggal yang lepas merosakkan segalanya . Result subjek lain Alhamdulillah semuanya bagus . cuma ekonomi yang sangat mengecewakan . Sama macam masa spm . Result addmaths yang mengecewakan . Kini aku hanya mampu berdoa memohon rahmatmu Ya Allah . Berikan lah aku ketenangan dan kelapangan hati ketika menjawab kertas ulangan penggal 3 . Amin Ya rabb . Berjanji untuk berusaha habis habisan dan berjuang bermati-matian demi mengejar impian yang satu . menjejak langkah ke menara gading sebaris adik beradik yang lain . Ishaallah . Semoga dipermudahkan . :"(


Sunday, 2 February 2014

Happy Chinese New Year




Assalamualaikum w.b.t . Hye lama dah jari tangan wani ni berehat dari menari nari atas keyboard lappy ni . Lately no times to handle up this blog caused by all kinds of things . SO , HAPPY CHINESE NEW YEAR ! especially for my dear loved ones TOO MUN YE . Missing you already . Hmmm . GONG XI FA CHAI , XI NIAN KUAI LE .
Raya cina kali ni ada yang cuti lama , ada yang cuti kejap kan . tapi wany memang cuti selamanya . HAHA ! Biasalah bila ada cuti umum macam ni barulah masing- masing boleh luang masa dengan family dan kawan-kawan . seronok bila one big family ada kan ? like me , my family consists of nineth siblings 18 nice & nephews . Memang gegak gempita lah rumah bila semua balik . At the same time wany pon kena bahagikan masa dengan family and kawan-kawan.. 


PENAT GILOSSS BAQ HANG ! yelah , semalam . One whole big family nak gathering kat rumah , tapi semua dijangka ada masa lunch je . Ma dengan ayah pulak ikot rombongan merisik sepupu . Tinggal la wany dengan kakak with 6 kids at home . WHOAA ! so kakak jaga bebudak lah kan , sebab dia memang malas masak . And i'm going to cook alone . Tanpa bantuan dari mana mana pihak . Erghh .Dah lah aku ada date dengan bestie . Masak lah apa yang patut untuk satu family , dengan Fahimnya bergayut kat kaki . Worst day wany rasa . Dah siap masak semua . Tengah hidang2 , okay akak and abang2 baru sampai . Time dorang makan . Wany dah terbungkang dalam bilik . Bangun2 tengok jam pukul 4 . " Eh , aku dah solat zohor belum ? " Nasib baik dah . Fresh kan badan . Tetiba rasa nak makan bakso kan . Tapi badan penat gila . Memikirkan keesokkannya kembor dah nak balik , okay lah . whatsapp dia ajak keluar pegi makan bakso . OKAY puas hati . sedap giloss ! Sedar tak sedar dah pukul 6.30 . So hantar dia balik , HAHA ! Enjoy gila . Penat tak terkata . Memang tidur mati lah . Bila kita enjoy buad sesuatu benda , penat tu dirasakan berbaloi :)

p/s: tudung feveret . Muka baru bangun tido , shhh


Monday, 20 January 2014

Saat Terindah Saat Bersamamu


Assalamualaikum readers ! Heyyo . HAHA ! walau agak kelewatan sedikit , tapi tetap nak update gak entry ni . HAHA ! kesahhh pulak . Okay . Ni kami punya diner PERTINAM or Pra-U . Saat Terakhir bersama . Best sangat dapat jumpa semua kawan-kawan balik eventhough ada jugak yang tak dapat datang . Especially Too Mun Ye , Bestfriend wany tu sebab dia dah further studies in law . And guru-guru pon tak berapa ramai sangat yang datang disebabkan bencana alam yang menimpa . BANJIR !! sepatutnya dinner diadakan after kami habis paper , tapi disebabkan banjir besar pada hari berkenaan . Dinner ni terpaksa ditangguhkan .Tapi apa-apa pun everything went well . SANGAT ENJOY OKAY ! best sesangat . 

HERE COMES THE CRAZINESS !

meet my classmates ! izzani, syaiful , aiman and muzaffar (mouja)


Yang ni all class member kami . 


antara yang rapat (ieqa,me,suba, and veni)


(pida,ieqa)


(timah,suba,zani,sha,mila,ieqa ,me )

FAREWELL DINNER yang sangat best ! hope lepas ni kita akan buad gathering macam ni lagi okay :)


Sunday, 19 January 2014

BERI KEMAAFAN ITU INDAH

BERI KEMAAFAN ITU INDAH

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum .Entry kali ni buad adik tercinta . Shapura atau lebih dikenali sebagai wawa :)

Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. 
Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.

Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati. 
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w...



Begitu indah dan tenangnya tatkala memberi kemaafan. Ketenangan itu akan menyusup masuk ke seluruh urat nadi sehingga ke hati orang yang beriman.

Meskipun, adakalanya,
kemaafan sukar dilepaskan kerana luka dihati masih terkesan.
Tetapi ajaibnya,
ketenangan akan serta merta hadir sebaik sahaja ucapan

‘‘kamu diberi maaf”.

Itulah hidayah Allah SWT.

Tetapi, janganlah melepaskan maaf dengan bersyarat atau memaafkan kesalahan sesorang ibarat menegakkan besi yang bengkok.
Bukankah apabila menegakkan besi yang bengkok,
kesan bengkokan pada besi tetap ada?
Sebaliknya, berilah kemaafan ibarat menukar kain yang kotor kepada kain yang baru...

sekadar itu sahaja untuk kali ni . harap segala nasihat yang akak berikan wawa manfaatkan . sabarlah sayang . Janji ALLAH tu pasti . InshaAllah :)

Solat itu Janji Temu Dengan Allah

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum readers ! Wany nak kongsikan apa yang wany dapat dari satu blog ni . Apa ? Berkenaan dengan solat . Wany juga sering melengahkan solat . Entry ini sekadar pesanan ikhlas untuk diri sendiri dan sahabat sekalian .
Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. 
Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.

Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati. 
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w...


Sama-sama kita renungkan..
 
Solat itu janji temu kita dengan Allah.
Kadang kala kita lewat berjanji temu dengan Pencipta Yang Maha Hebat ini. Kalau dengan kekasih ke kawan ke mesti kita akan siap lebih awalkan untuk bertemu..

Secantik Hiasan Dunia



Assalamualaikum dearies , Apa khabar ? Baguslah . wany je tak berapa nak sihat . Demam yang belum menampakkan tanda untuk pulih . Hari ni dah hari keempat . Entry wany kali ni islamik sikit . sekadar berkongsi apa yang wany tahu . Wany juga masih dalam mencari jalan ke syurga Allah . Mencari saham akhirat yang bakal berguna di akhirat nanti . Doakan wany terus istiqamah ye . Ameen , InshaAllah .


Okay! Back to the topic ,.

♥ SAYANGNYA ALLAH PADA PEREMPUAN ♥ 

♥ Siapa kata jadi perempuan tu SENANG..

♥ Nak kena tutup sana, tutup sini

♥ Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising

♥ Perempuan, stoking pon kena pakai

♥ Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari

♥ Komfem x tahan bertutup semua

♥ Tapi, perempuan cool jek

♥ Tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan

♥ Siapa kata jadi perempuan tu senang

♥ Tiap2 bulan, mesti ada penyakit

♥ Nak pergi kelas pon susah

♥ Kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sbb sakit

♥ Cuba tengok budak lelaki , selamber jek

♥ Kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit

♥ Tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive jek

♥ Tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit

♥ Hebat kan perempuan..

♥ Siapa kata jadi perempuan tu senang..

♥ Hati ni Allah jadikan lembut betul

♥ Cepat jek sensitif

♥ Cuba tengok orang putus cinta

♥ Selalu perempuan yg paling susah nak lupa

♥ Lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru

♥ Cuba pergi wayang tengok cerita hindustan

♥ Siapa yg paling teruk menangis..

♥ Perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi

♥ Lembut tak lembut hati perempuan

♥ Tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki

♥ Hebat tak perempuan?

♥ Betul ke Allah x adil dengan perempuan.. 

♥ Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

♥ Tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa Kalau bukan kaki ibunya..

♥ Betul, isteri kena ikut cakap suami

♥ Tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya

♥ X adil lagikah Allah pada perempuan..

♥ Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan

♥ Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya

♥ Kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri

♥ Cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu

♥ Tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki

♥ Bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu

♥ MashaAllah, hebatnya perempuan kan..

♥ Kenapa perempuan hebat? sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat

♥ Cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio

♥ Banyak lagu pasal perempuan kan..

♥ Contohnya macam lagu SUMAIYYAH,

♥ Jarang kita dengar lagu pasal lelaki

♥ Sayang x sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam Tu sekali dekat dunia

♥ Tengok pula, bila seorang lelaki berjaya...

♥ Orang akan cakap:

♥ 'Disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'

♥ Kita x pernah dengar orang cakap:

♥ 'Disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'

♥ Kan? Hebat x Allah jadikan perempuan tu..

♥ Masih x adil lagikah Allah dekat perempuan..

♥ Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan

♥ Sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni

♥ Perempuan senang nak masuk syurga

♥ Tengok hadis ni:

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)


Sekadar itu yang wany mampu kongsikan bersama . InshaAllah . lain masa . wany akan kongsikan lagi . 
Assalamualaikum